
ASSAMUALAIKUM
MINTA PANDANGAN DARI SEMUA KAWAN2 TENTANG PENGGUNAAN CAP (TOPI)DITEMPAT KERJA DLL, ADA TAK YANG TAHU FATWA-FATWA YANG MENYATAKAN PENGGUNAAN CAP NI HARAM SEBAB APA YANG SAYA TAHU PENGASASNYA ADALAH ZIONIS(ISRAEL), TAK TAHULAH. TOLONG BAGI PANDANGAN SESIAPA YANG ARIF TENTANG BAB NI .
jamal
Jawapan:
Terima kasih atas persoalan tersebut. Berikut adalah jawapan ringkas dari kami.
PERBEZAAN PANDANGAN ADAKAH TOPI MERUPAKAN AMALAN AGAMA ATAU TIDAK
1- Menurut Rabbi Abraham Ezra Millgram, Pengarah a Hillel mengatakan Amalan memakai topi bukanlah menjadi kemestian dalam amalan ritual agama Yahudi khususnya di Synagoge, tetapi dalam amalan terkini ia menjadi satu kewajipan (Rujukan: http://www.myjewishlearning.com)
(dan dijadikan sebagai undang-undang- Rujukan: http://en.wikipedia.org)
Tetapi menurut Rabbi Jacob Z. Lauterbach, Professor di Hebrew Union College mengatakan ia bukan amalan agama Yahudi.(Rujukan http://www.myjewishlearning.com)
2- Menurut Rabbi Abraham Ezra Millgram, Pengarah a Hillel mengatakan “memakainya merupakan simbol ketaatan”(Rujukan http://www.myjewishlearning.com)
TOPI TIADA DALAM BUKU SUCI DAN SEJARAH YAHUDI
Rabbi Jacob Z. Lauterbach, Professor di Hebrew Union College mengatakan bahawasanya ia tidak langsung tercatat dalam mana-mana rujukan rasmi Yahudi,ia hanya wujud pada zaman Rabbi (Ulama’ Yahudi) berkuasa (Rujukan http://www.myjewishlearning.com).
Sebenarnya dalam sejarah Yahudi,kurun ke 12 secara lebih khusus, menurut Norman Roth ,Professor di Jewish History di University of Wisconsin, Madison mereka tidak mempunyai pakaian khas yang membezakan mereka dan orang lain apatah lagi mempunyai topi khusus(Rujukan http://www.myjewishlearning.com)
Tiada fakta sejarah yang tepat menjelaskan asal usul topi tetapi ada ahli sejarah berpandangan ia merupakan tradisi umat Islam. (Rujukan http://en.wikipedia.org)
BEZAKAN ANTARA AMALAN AGAMA DAN ZIONIS
Zionis merupakan pergerakan yang diasaskan oleh Theodor Herzl untuk mengumpulkan semua orang yahudi di Palestian kononnya menurut janji Tuhan, ia bukan agama, manakala Yahudi adalah agama.
ADAKAH BOLEH MEMAKAI TOPI?
BOLEH DAN HARUS dengan syarat:
1) Tidak diniatkan untuk mengikut Zionis @ mengagumi Yahudi. Ini kerana niat merupakan pintu yang membawa samada halal@ haram.
2) Tidak membantu yang diharamkan seperti topi ciptaan Israel @ proksi mereka, kumpulan yang melawan Islam, topi yang promosi arak dsb.
Ini kerana topi yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia tidak sebagaimana orang Yahudi:
Tetapi penulis menyarankan, sekiranya tidak ada keperluan, maka TIDAK PERLULAH untuk memakai topi. Kita akan keluar daripada khilaf ilmuan ini. Sekiranya ada keperluan seperti kontraktor, jurutera atau arkitek berada di tapak projek maka memakai topi adalah DITUNTUT sebagai langkah keselamatan.
HUJJAH ORANG YANG MENGHARAMKAN
Berdalilkan kepada hadis:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ »
Ibn ‘Umar meriwayatkan, Baginda SAW bersabda “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”
(Hadis Hasan: Sunan Abi Daud 2/441 dihasankan oleh Sheikh Albani)
JAWAPAN
Pengarang Kitab Subul as-Salam jilid 7 m/s 107 mengatakan bahawa barangsiapa yang menyerupai orang fasiq atau orang kafir atau pembuat bid’ah pada sifat yang khusus pada mereka samada pakaian,pergerakan mahupun kemudahan maka dia adalah daripada mereka.
Shaikh Qaradawi mengatakan sifat yang khusus itu seperti memakai tanda salib, berpakaian cara kristian dan menyertai perayaan agama mereka, maka dia adalah dari kalangan mereka. Adapun BUKAN pakaian keagamaan, maka ia bergantung niat masing-masing (Rujukan: http://qaradawi.net)
Mohamad ridhauddin bin mohd salleh
p/s:(maaf tidak dapat buat hyperlink kali ini, namun para pembaca boleh membuat carian apabila masuk ke dalam laman sesawang tersebut)


